Maruah lebih penting - Adriana Adnan

Maruah lebih penting – Adriana Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adriana Adnan, 30, menegaskan tidak akan mencipta kontroversi semata-mata untuk kekal relevan.

Katanya, yang diutamakannya adalah maruah, justeru dia tidak akan sesekali menggadai harga diri untuk bertahan dalam bidang seni.

“Ya betul, ada orang industri (seni) sampai suruh saya cipta kontroversi untuk kekal relevan.

“Kata mereka saya terlalu ‘bersih’, tak ada nilai berita.

“Industri kita akan pilih orang yang selalu keluar berita, tular dan pembabitan yang tinggi dalam media sosial.

“Tapi bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting. Saya tidak akan gadaikannya,” kongsinya dalam Threads.

Adriana dalam pada itu bersyukur dengan kehadiran individu yang selalu memberikan sokongan dan mempercayai dirinya.

“Saya bersyukur dengan kehadiran orang sekeliling saya yang sentiasa percaya bakat saya, selalu menyokong dan memilih saya.

“Kepada yang hanya mencari kekurangan saya hanya kerana anda tak suka saya atau miliki pilihan lebih baik, semoga berjaya. Kita tengok selama mana mereka bertahan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN