Pemandu bas rempuh pekerja subkontraktor direman 

Pemandu bas rempuh pekerja subkontraktor direman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas henti-henti yang merempuh kereta pekerja subkontraktor sehingga menyebabkan seorang daripadanya maut, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 29 Mei itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Gajah, Dr.Teoh Shu Yee terhadap suspek berusia 37 tahun berkenaan.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian. 

Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang pekerja subkontraktor Muhammad Aiman Mohd. Farid, 23, maut, manakala rakan sekerjanya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah bas henti-henti, BAS.MY di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Taman Awan Biru, di sini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, mangsa yang memandu Perodua Kembara maut selepas tercampak keluar dari kenderaan.

Rakannya, Muhammad Hakimi Hafiz Baharin, 22, mengalami luka-luka di badan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sebelum kejadian mangsa yang dalam perjalanan dari arah Rembia ke AMJ telah memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Tiba-tiba sebuah bas henti-henti berwarna merah jambu yang dalam perjalanan dari Terminal Melaka Sentral ke Jalan AMJ telah memasuki bahu jalan dan merempuh kenderaan mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN