Dicekup seludup arak guna van sekolah

Dicekup seludup arak guna van sekolah

Arak van sekolah
RAMPASAN minuman yang ditemukan dalam van sekolah dibawa ke PPM Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Helah seorang lelaki menggunakan van sekolah bagi menyeludup arak terbongkar selepas dicekup dekat kawasan parkir di Taman Sri Gadong di sini, semalam.

Perkara itu dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang yang menahan suspek berusia 26 tahun berkenaan menerusi Op Kontraban, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, ketika serbuan suspek sedang memindahkan minuman keras dipercayai tidak bercukai dari sebuah lori ke dalam van sekolah sebelum menemukan 62 kotak dan 33 ‘crate’ minuman beralkohol itu.

“Selain itu, terdapat enam kotak minuman sama berada di dalam van sekolah berkenaan. Nilai rampasan kesemua minuman keras termasuk cukai itu dianggarkan berjumlah RM47,553,” katanya, hari ini.

Tambah Rusley, pihak percaya kesemua minuman itu adalah bagi pasaran di sekitar daerah ini.

“Suspek dan rampasan dibawa ke PPM Pelabuhan Klang bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti sumbernnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 Akta Eksais 1976,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN