ALOR GAJAH: Polis menahan dua lelaki disyaki penjenayah selepas terlibat dalam kemalangan ketika melarikan diri daripada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di persimpangan lampu isyarat Pengkalan di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios, masing-masing berusia 45 dan 21 tahun mengalami kecederaan parah pada kaki kanan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sebelum kemalangan berlaku, kedua suspek…










