Rumah kampung terbiar jadi markas judi dalam talian

Rumah kampung terbiar jadi markas judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis meningkatkan pemantauan terhadap rumah terbiar di kawasan perkampungan termasuk di Kampung Ramuan China Besar di sini, susulan terdapat dakwaan premis berkenaan dijadikan markas judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah melakukan serbuan di sebuah rumah kampung, Sabtu lalu yang dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan.

Katanya, bagaimanapun premis itu didapati kosong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak polis akan terus membuat pemantauan di lokasi ini susulan dakwaan mengatakan ia menjadi premis judi dalam talian,” katanya.

Sejak semalam, tular dalam media sosial Facebook dakwaan wujud pergerakan mencurigakan dipercayai sindiket judi dalam talian di beberapa rumah kampung di daerah itu.

Selain itu, beberapa lokasi lain turut didakwa menjalankan jenayah sama termasuk bangunan rumah kedai dan restoran tomyam sekitar Masjid Tanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×