ALOR GAJAH: Hanya kerana berang tidak dibenarkan menggunakan motosikal, seorang penganggur sanggup bertindak ganas menetak abang kandungnya dengan parang dalam kejadian di Kampung Nelayan, Kuala Linggi di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, mangsa berusia 33 tahun mengalami kecederaan putus urat jari tangan kiri sehingga menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berumur 27 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan di lokasi kejadian selepas melibas parang ke arah mangsa. Ujarnya, suspek direman bermula hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya