MELAKA: Tanpa memikirkan keselamatan diri, beberapa orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggal di sebuah penempatan pekerja di Bandaraya Melaka di sini, nekad terjun ke dalam longkang dengan kedalaman lima meter semata-mata ingin mengelak ditangkap pihak berkuasa. Serbuan oleh Jabatan Imigresen kira-kira pukul 12 tengah malam tadi berjaya menahan 90 warga asing pelbagai negara yang dipercayai bekerja secara haram sebagai buruh di tapak-tapak pembinaan. Pengarah Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee…










