Bank didakwa lepas tangan, wanita rugi RM10,000 ditipu scammer

Bank didakwa lepas tangan, wanita rugi RM10,000 ditipu scammer

ALSTON Tan Chaw Xian (kanan) bersama Lim Saw Yong (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis dan surat aduan kepada Gabenor BNM dalam sidang akhbar di Kota Laksamana, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang suri rumah berputih mata selepas sebuah bank tempatan didakwa membenarkan pemindahan wang berjumlah hampir RM10,000 daripada transaksi mencurigakan.

Pengerusi Jawatankuasa Aduan Pengguna Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Alston Tan Chaw Xian berkata, insiden berlaku pada 21 Ogos lalu selepas anak perempuan mangsa dihubungi seorang pembeli yang berminat membeli produk dan mendakwa telah memasukkan kira-kira RM150 ke platform dalam talian milik anaknya.

Katanya, individu terbabit kemudian meminta anak mangsa mengembalikan wang tersebut melalui e-mel dan laman sesawang yang diberikannya.

“Anak mangsa menuruti sahaja arahan itu menyebabkan sejumlah RM9,931.50 telah dicuri daripada akaun bank milik mangsa. Mangsa segera menghubungi pihak bank untuk membekukan akaun tetapi dimaklumkan hanya Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempunyai kuasa tersebut.

“Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghalang wang tersebut dipindahkan ke akaun scammer antaranya membuat tiga laporan polis, membuat laporan kepada bank terlibat serta menulis surat aduan kepada Gabenor BNM. Walaupun wang itu berjaya disekat, namun pihak bank memerlukan 45 hari untuk mendapatkan maklum balas daripada bank digunakan scammer.

“Pada 15 November mangsa dimaklumkan kesnya telah ditutup. Pihak bank mengatakan terdapat bukti mangsa yang meluluskan transaksi,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Laksamana di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa, Lim Saw Yong, 55, berkata, dia terkejut apabila pihak bank menyalahkan dirinya atas kesilapan yang berlaku walaupun bukti yang diberikan oleh bank penerima jelas meragukan.

Menurutnya, walaupun nombor akaun adalah miliknya tetapi nama, alamat e-mel dan lokasi adalah tidak tepat.

“Bank itu juga memberitahu pemegang kad bank tidak membuat permintaan pemulangan wang dalam tempoh 14 hari sedangkan semua bukti menunjukkan saya telah mengambil tindakan segera.

“Saya ada memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk perbincangan tetapi permintaan saya diabaikan. Sekiranya mereka masih enggan tampil untuk berunding saya akan teruskan langkah susulan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya