Cabul kedi golf, dua leftenan kolonel dipanggil beri keterangan

Cabul kedi golf, dua leftenan kolonel dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis mengesahkan bahawa dua pegawai kanan Tentera Darat berpangkat leftenan kolonel sudah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan kes cabul membabitkan seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pegawai berumur 51 dan 52 tahun itu dipanggil pada 6 Oktober lalu, susulan laporan dibuat mangsa berusia 21 tahun.

“Polis menerima laporan pada 5 Oktober 2023 daripada wanita tersebut, mendakwa telah dicabul oleh dua lelaki sewaktu bekerja di kelab golf berkenaan.

“Berdasarkan kepada laporan tersebut, kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan kedua-dua individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah Zainol, kedua-dua pegawai itu berkhidmat di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Salah seorang daripada mereka turut membuat laporan polis menafikan kejadian tersebut.

“Satu lagi laporan dibuat oleh rakan sekerja mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan dia tidak melihat kejadian berkenaan. Sehingga kini siasatan masih diteruskan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN