Remaja perempuan lari rumah di Jasin ditemukan selamat

Remaja perempuan lari rumah di Jasin ditemukan selamat

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang remaja perempuan 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin di sini sejak 3 September lalu, ditemukan selamat di Sungai Udang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja itu ditemui kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah rumah lot dalam keadaan selamat.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah ke alamat sebuah rumah di Kampung Paya Rumput Jaya di Sungai Udang. Orang hilang ditemukan dalam keadaan selamat dan telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya.

“Ahli keluarga orang hilang juga telah dimaklumkan. Polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat sehingga orang hilang ditemui semula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang remaja perempuan 14 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri.

Kehilangan remaja yang beralamat di Kampung Chohong disedari ahli keluarga pada pukul 6 pagi.

Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut membawa beg, selain meninggalkan sekeping nota memaklumkan mahu keluar rumah untuk menenangkan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN