Dua senior sekolah arab dipanggil beri keterangan

Dua senior sekolah arab dipanggil beri keterangan

KERATAN laporan Utusan Malaysia bertarikh 7 Julai 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis mengesahkan bahawa dua pelajar senior sebuah sekolah arab di sini yang dikaitkan dengan kejadian buli membabitkan suspek berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adik kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, Rabu lalu telah dipanggil memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu dirakam percakapan selepas bapa suspek mendakwa, anak sulungnya mengalami masalah trauma selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

ARSHAD ABU

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

“Setakat ini, dua individu (pelajar) sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut kes buli suspek berusia 14 tahun seperti yang didakwa sebelum ini.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum ia diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu sehingga kertas siasatan telah dilengkapkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, bapa suspek mendakwa, anaknya sering dibuli sejak tahun lalu dan kejadian berkenaan pernah dilaporkan kepada pihak sekolah dan laporan polis juga sudah dibuat.

Katanya lagi, anaknya pernah dicekik ketika tidur, disimbah air, dipukul dan ditendang menggunakan kasut but oleh dua orang senior sekolah berkenaan sejak di tingkatan satu.

Rabu lalu, akhbar ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun maut dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN