Main ‘game bola’ dalam bilik hotel

Main ‘game bola’ dalam bilik hotel

ANTARA pasangan yang dicekup berkhalwat dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah dijalankan JAIM di sekitar Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasangan kekasih berusia 23 tahun ditangkap khalwat oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini, selepas memberikan alasan tidak masuk akal kononnya hanya bermain permainan video bola sepak dalam bilik berkenaan.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-duanya merupakan antara enam individu yang ditahan ketika Operasi Cegah Jenayah Syariah dijalankan pihaknya di sekitar Melaka, malam kelmarin.

Beliau berkata, hasil soal siasat, pasangan itu mengakui tidak memiliki sebarang dokumen pernikahan dan mendakwa hanya mempunyai pertalian sebagai saudara jauh.

“Mereka memberikan alasan berada dalam bilik hotel untuk bermain game bola, alasan yang tidak munasabah. Kita tahan pasangan ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

“Mereka ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan dan mendakwa adalah saudara jauh,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

CHE SUKRI CHE MAT

Tambah Che Sukri, sepasang lagi kekasih merupakan penuntut di sebuah universiti yang datang dari Johor ke sebuah hotel di Melaka untuk meraikan hari jadi.

Jelasnya, tangkapan tersebut merupakan hasil maklumat disalurkan orang awam melalui platform Rakan Setiaku JAIM (Raseim).

“Mereka yang ditahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali, manakala pelaku wanita berdepan denda maksimum RM2,000 atau penjara tempoh sama atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya