Ibu tunggal anak 11 dicekup khalwat

Ibu tunggal anak 11 dicekup khalwat

PENGUATKUASA JAIM menahan seorang wanita dengan seorang anggota badan beruniform dalam satu serbuan di Taman Maju, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seorang wanita yang merupakan tunangan orang dicekup berkhalwat dengan seorang anggota badan beruniform dalam satu serbuan di Taman Maju di sini, Ahad lalu.

Ibu tunggal beranak 11 berusia 46 tahun itu ditangkap basah dengan duda berumur 35 tahun oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 3.20 pagi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, wanita berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai seorang lelaki berada di atas katil dalam bilik hadapan bersama seorang remaja berusia 16 tahun, sementara seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun sedang tidur di bilik belakang.

“Hasil soal siasat, lelaki itu mengakui tidak mempunyai hubungan sah dengan wanita tersebut. Dia memberikan alasan hanya menumpang bermalam selepas tiada bekalan air dirumahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Che Shukri, pemeriksaan lanjut terhadap wanita tersebut mendapati, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini dan pernah ditangkap khalwat, dua tahun lalu.

“Semakan rekod kita mendapati dia pernah ditahan atas kesalahan berkhalwat dan memaklumkan merupakan tunangan orang dan bakal berkahwin pada April depan. Lelaki terbabit pula mendakwa dia berkawan dengan anak wanita tersebut dan menganggap janda itu sebagai kakak angkatnya.

“Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman sementara anak wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 34 enakmen sama kerana bersubahat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya