Empat polis direman: Terima rasuah bawa masuk rokok, dadah ke lokap - Utusan Malaysia

Empat polis direman: Terima rasuah bawa masuk rokok, dadah ke lokap

EMPAT anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal direman tujuh hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Empat anggota polis direman tujuh hari selepas dipercayai menerima rasuah daripada tahanan lokap berjumlah RM12,000, tiga tahun lalu. 

Perintah reman sehingga 28 Jun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin bagi membantu siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Keempat-empat suspek yang direman berpangkat Koperal dan Lans Koperal berusia antara 35 hingga 40 tahun. 

Difahamkan, kesemua individu terbabit ditahan kira-kira pukul 7.30 petang di Pejabat SPRM selepas dipercayai menerima suapan berjumlah keseluruhan RM12,000 di sebuah balai polis di daerah Alor Gajah. 

Suapan itu bagi tujuan membawa masuk barangan terlarang iaitu rokok, dadah, makanan dan tembakau untuk kegunaan tahanan lokap. 

Suapan dipercayai diterima menerusi 20 transaksi secara tunai atau pindahan dalam talian dengan setiap mereka menerima upah antara RM600 hingga RM9,000 sepanjang kesalahan dibuat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan tempoh reman tersebut. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya