Peniaga kedai dobi rugi RM1,100 terpedaya ejen pinjaman wang - Utusan Malaysia

Peniaga kedai dobi rugi RM1,100 terpedaya ejen pinjaman wang

ELIAS OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang peniaga kedai dobi rugi RM1,100 selepas terpedaya dengan ejen pinjaman wang berlesen yang menawarkan pinjaman wang di sini, semalam.

Mangsa berusia 37 tahun yang berasal dari Kuala Kedah di sini mendakwa telah menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp daripada suspek yang menawarkan pinjaman wang dengan kadar bayaran balik yang murah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintenden Elias Omar berkata, mangsa kemudian menerima panggilan telefon dan berbual dengan suspek, namun, akhirnya terpedaya dan berminat untuk meminjam wang berjumlah RM5,000.

“Mangsa kemudian menyerahkan maklumat peribadi seperti salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank kepada suspek melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati mangsa diminta membayar wang untuk proses pendahuluan, insurans dan sebagainya bagi meluluskan pinjaman berjumlah RM5,000 tersebut.

“Mangsa telah membuat pembayaran sebanyak dua kali transaksi berjumlah RM1,100 yang merupakan wang simpanannya ke akaun bank tempatan yang diberi suspek.

“Mangsa menyedari telah ditipu setelah tidak dapat menghubungi suspek dan membuat laporan polis pada hari yang sama,” ujarnya.

Menurutnya, ekoran itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang boleh membawa hukuman 10 tahun penjara, sebat atau denda. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya