Pengurus ladang rugi RM39,069 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Pengurus ladang rugi RM39,069 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara namanya dimasukkan dalam sebuah kumpulan pelaburan di aplikasi ‘Telegram’, seorang penyelia ladang di Raub, dekat sini teruja untuk melabur sehingga mengalami kerugian sebanyak RM39,069.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 24 tahun itu mula mendapati namanya dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan Bigcoin NORD-FXtm 47 pada 23 Februari lalu. 

Menurutnya, setelah mengikuti kerancakan beberapa orang bercakap tentang kehebatan melabur dalam kumpulan Telegram tersebut, lantas mangsa berminat untuk turut serta.

“Mangsa memilih untuk membuat pelaburan melalui Pakej Basic sebanyak RM500 sahaja yang mana dengan memulakannya sebanyak RM500, mangsa kononnya akan mendapat pulangan sebanyak RM7,000.

“Dia (mangsa) segera melakukan transaksi ke akaun yang diberikan dengan amaun yang dijanjikan, namun, tiba-tiba suspek meminta untuk memasukkan lagi wang kerana terpaksa menukar pakej lain berikutan Pakej Basic telah penuh. 

“Mangsa menuruti segala diminta suspek dan bertindak membuat lima kali lagi transaksi pindahan wang secara dalam talian ke beberapa akaun bank berlainan dan tanpa sedar keseluruhan transaksi berjumlah RM39,069,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Modus operandi suspek memperdaya mangsa dalam Pelaburan Bigcoin yang tidak wujud di laman Telegram sehingga mendorong mangsa memasukkan wang hingga mengalami kerugian.

Mohd. Wazir berkata, mangsa dihubungi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Fajir Nawil yang memintanya membuat lagi transaksi wang.

“Mangsa memberitahu suspek memberikan alasan semua transaksi pelaburan dibuat pada 24 Februari lalu tidak terdapat dalam sistem syarikat.

“Atas desakan tersebut, mangsa tidak menurut segala yang diminta suspek berikutan sudah banyak menggunakan wang simpanannya.

“Mangsa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk membuat laporan kerana berasa ditipu. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN