Premis proses ayam segar buang sisa ke dalam sistem pembetungan awam diserbu  - Utusan Malaysia

Premis proses ayam segar buang sisa ke dalam sistem pembetungan awam diserbu 

PREMIS perniagaan memproses ayam segar di Taman Perindustrian Selayang, Selangor diserbu SPAN selepas didapati membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam lurang paip kumbahan. - SPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebuah premis perniagaan memproses ayam segar di Taman Perindustrian Selayang, Selangor diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didapati membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam lurang paip kumbahan. 

SPAN menerusi kenyataan hari ini berkata, serbuan malam semalam itu turut disertai anggota Bahagian Penguatkuasaan SPAN dibantu Majlis Perbandaran Selayang dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK). 

Menurutnya, serbuan dibuat selepas menerima aduan daripada Unit Operasi IWK Gombak berhubung kemasukan efluen terlarang berupa sisa pemprosesan ayam ke dalam lurang paip kumbahan mereka. 

“Serbuan mengejut mendapati premis ini disyaki melepaskan sisa terlarang berupa bulu ayam dan darah ayam ke dalam saluran pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam. 

“Perbuatan tersebut menyebabkan saluran pada lurang kumbahan milik IWK tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPAN berkata, operasi penguatkuasaan ini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam.

Katanya, perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. 

Jelasnya lagi, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran, para pengguna boleh menghubungi talian 013-3885000 atau emel [email protected]. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya