Warga emas dipukul mati kerana tidak beri wang, rokok - Utusan Malaysia

Warga emas dipukul mati kerana tidak beri wang, rokok

WARI KIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Hanya kerana permintaan untuk mendapatkan rokok dan wang tidak dipenuhi, seorang lelaki warga emas hilang nyawa selepas dipercayai dipukul dengan cangkul oleh seorang penganggur di rumahnya di Jalan Abi Tok Hashim, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Yeen Baai, 72, ditemukan di rumahnya dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik tidur dengan hanya memakai kain tanpa baju serta terdapat kesan darah pada bahagian kepala.

Saksi yang juga merupakan adik kepada mangsa turut melihat serpihan sebatang cangkul telah patah di sisi badan abangnya yang tinggal berseorangan sejak setahun lalu selepas kematian isteri.

Terdahulu, adiknya telah didatangi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah dipercayai dalam keadaan mabuk dan memintanya untuk pergi melihat warga emas tersebut yang dikenali sebagai Pak Yen kerana kepalanya berdarah.

Mereka berdua kemudian telah pergi ke rumah warga emas tersebut yang mempunyai tiga orang anak tinggal di Kedah, namun, Shah terus beredar dari rumah itu setelah menunjukkan keadaan Pak Yen. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, punca kejadian dipercayai disebabkan suspek meminta duit dan rokok daripada mangsa. 

Katanya, maklumat daripada anak kandung mangsa mengatakan bahawa Shah kerap datang ke rumah bapanya kerana ingin meminta rokok dan warga emas itu akan melayannya dengan membenarkan lelaki tersebut masuk dan menghisap rokok bersama-sama. 

“Siasatan lanjut di tempat kejadian telah menjumpai satu dompet berwarna kelabu dipercayai milik mangsa di dalam laci bilik tidur dan pemeriksaan dapati dompet tersebut tidak mempunyai wang atau dokumen.

“Menurut anak mangsa, telefon bapanya juga telah tiada. Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Wari berkata, suspek juga mempunyai dua rekod lampau dan dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Tambahnya, tangkapan telah dibuat dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya