Lelaki tinggal kereta, terjun Sungai Klang - Utusan Malaysia

Lelaki tinggal kereta, terjun Sungai Klang

PASUKAN bomba giat menjalankan operasi mencari mangsa yang nekad terjun Sungai Klang berhampiran bangunan MPK hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki hilang dikhuatiri lemas selepas nekad terjun ke dalam Sungai Klang berdekatan bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa berusia 20-an turut meninggalkan kereta Perodua Alza dipandunya di sekitar lokasi berkenaan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.47 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikerah dalam operasi berkenaan.

“Berdasarkan saksi kejadian, seorang lelaki yang tidak dikenal pasti bangsanya meninggalkan kereta dan terjun ke sungai tersebut.

“Gerakan mencari mangsa ketika ini masih giat dijalankan di sekitar kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambah Norazam, operasi mencari dan menyelamat itu turut akan disertai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor.

“Pasukan PPDA itu dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian.

“Mangsa setakat ini belum ditemukan dan operasi masih sedang dilakukan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya