Kegiatan pelacuran dua syif terbongkar, 13 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Kegiatan pelacuran dua syif terbongkar, 13 warga asing ditahan

ANTARA pelacur warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. - FOTO IMIGRESEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kegiatan pelacuran yang dibahagikan kepada dua syif dengan menjadikan pangsapuri kos rendah sebagai lokasi terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen.

 

Dalam serbuan itu seramai 13 orang warga asing berumur antara 20 tahun hingga 40 tahun ditahan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi dijalankan ke atas dua premis kawasan pangsapuri kos rendah itu yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Katanya, hasil risikan mendapati, premis ini dikunjungi pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing dengan menggunakan pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan dengan harga RM60 bagi satu langganan.

 

“Unit Operasi dari Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia telah menyerbu kedua-dua premis ini secara serentak pada pukul 3.30 petang dengan kekuatan seramai 27 orang Pegawai Imigresen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Menurutnya, semasa serbuan, penjaga pintu terus ditahan untuk dibawa ke premis tersebut, manakala cubaan meloloskan diri oleh wanita-wanita warga asing dan pelanggan berjaya digagalkan apabila kesemua jalan keluar dari premis tersebut dikepung pegawai serbuan.

 

Tegasnya lagi, modus operandi perkhidmatan ini adalah dengan berjumpa penjaga pintu dan dibawa ke premis bagi tujuan pemilihan pelayan pelanggan.

 

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan wanita warga Vietnam, empat wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Vietnam.

 

“Dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga pintu dan enam lelaki warga tempatan yang merupakan pelanggan di premis tersebut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” jelasnya.

 

Khairul Dzaimee berkata, kegiatan pelacuran ini terbahagi kepada dua shif iaitu shif pagi dari pukul 7 pagi sehingga 3 petang dan shif petang bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam.

 

Tambahnya lagi, kebiasaannya seorang pelacur mampu melayan sehingga 14 orang pelanggan bagi satu syif.  

 

“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.  

 

“Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya