Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah - Utusan Malaysia

Firdaus Wong lapor polis nafi sebar video, gambar lucah

FIRDAUS WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis berhubung fitnah yang disebarkan mendakwa dia menyebar gambar dan video melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, dia menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa dia hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!.

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini ‘https://t.me/brofirdauswong’ dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, dia turut memaafkan sesiapa sahaja yang pernah memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya namun beliau tidak akan berdiam diri jika difitnah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya