Ahli perniagaan buat laporan SPRM terhadap Idris Haron - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan buat laporan SPRM terhadap Idris Haron

MANSOR Shah Golbat Shah menunjukkan laporan berhubung salah laku Idris Haron di perkarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang merupakan anak jati Melaka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Laporan tersebut dibuat Mansor Shah Golbat Shah terhadap Idris yang didakwa memberikan status free hold (pegangan kekal) kepada sebuah syarikat untuk projek tambak pasir.

Menurutnya, bagi projek penambakan laut, Syarikat KAJ Devolopment Sdn. Bhd. mendapatkan keistimewaan luar biasa bagi Projek Penambakan Laut Negeri Melaka. 

“Kelulusan Geran Tanah ini dikeluarkan walaupun projek penambakan ini belum siap dan geran bagi tanah ini juga dikeluarkan iaitu geran pegangan kekal yang mana ia tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Majlis Tanah Negara (MTN),” katanya selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Mansor Shah berkata, sekiranya pemberimilikan secara berkekalan di dalam keadaan-keadaan khas yang tertentu adalah diperlukan, maka, Kerajaan Negeri hendaklah merujuk semula kepada MTN untuk mendapatkan persetujuan. 

“Daripada apa yang saya dapati, kelulusan geran kekal ini, tidak diputuskan oleh mesyuarat MTN. Bagaimana geran kekal ini boleh dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran MTN,” ujarnya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya