![]() |
- Trend Technologies, pengeluar komponen berketepatan yang beroperasi di seluruh dunia, telah menyelesaikan permodalan semula yang diterajui pihak pengurusan bersama Novo Tellus, firma pelaburan global yang memberi tumpuan kepada syarikat peneraju baharu dalam rantaian bekalan.
- Pasukan kepimpinan Trend dan tumpuan teguhnya terhadap pelanggan kekal menjadi teras perniagaan syarikat ketika ia terus membekalkan produk kepada peneraju inovasi terkemuka dunia.
- Pelaburan ini akan membantu meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi memenuhi keperluan pelanggan sedia ada syarikat yang berkembang pesat.
CHINO, California, 18 November 2026 /PRNewswire/ — Trend Technologies ("Trend"), pengeluar komponen berketepatan yang beroperasi di seluruh dunia, mengumumkan permodalan semula yang diterajui pihak pengurusan bersama Novo Tellus, firma pelaburan global yang mengkhusus dalam kerjasama jangka panjang dengan syarikat berpotensi tinggi dalam rantaian bekalan global.
Kerjasama ini akan menyokong pertumbuhan berterusan Trend sambil mengekalkan tumpuan terhadap pelanggan, kepimpinan dan nilai yang telah membentuk perniagaannya selama beberapa dekad. Permodalan semula tersebut dirangka untuk mengekalkan model operasi Trend di samping menyediakan modal dan kepakaran yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Trend Technologies telah berkembang menjadi antara pengeluar komponen berketepatan yang mempunyai jaringan global paling luas dalam sektornya, dengan rangkaian strategik merentasi Amerika Utara, Eropah dan Asia. Keupayaan syarikat — termasuk pengecapan logam berketepatan tinggi, fabrikasi logam, pengacuan suntikan plastik, pemesinan CNC, kimpalan, pengecatan, kemasan dan pemasangan nilai tambah — memenuhi keperluan pelanggan dalam bidang pusat data hiperskala, peranti perubatan termaju, peralatan modal semikonduktor, kenderaan elektrik generasi akan datang dan infrastruktur grid.
"Trend telah menjadi pembekal global yang dihargai oleh peneraju inovasi terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah selama lebih 40 tahun, dan Novo Tellus ialah rakan kongsi yang memahami kepentingan pelanggan, warga kerja serta nilai yang telah kami bina selama beberapa dekad. Kepakarannya dalam operasi dan keusahawanan menjadikannya rakan kongsi yang mampu menyokong fasa pertumbuhan kami yang seterusnya, sambil membolehkan pasukan kami terus menumpukan perhatian kepada perkhidmatan untuk pelanggan," kata Brian Dickstein, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Trend.
"Pasukan pengurusan dan pekerja Trend telah membuktikan wawasan mereka sepanjang beberapa dekad," kata Pei-Shan Wong, Prinsipal di Novo Tellus. "Trend merupakan antara syarikat terawal yang mengembangkan operasi ke peringkat global, dengan membangunkan rangkaian pembuatan antarabangsa yang tersendiri selama beberapa dekad serta menjalankan operasi di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Kehadiran antarabangsa yang telah lama bertapak itu merupakan aset daya saing, dan kami komited untuk terus memperkukuhnya bersama Brian dan pasukan kepimpinan."
"Kami kagum dengan kebijaksanaan Trend mengharungi pelbagai kitaran teknologi dan ekonomi sambil terus berkembang," kata Chong Ni, Prinsipal di Novo Tellus. "Kini, produk Trend digunakan dalam pusat data hiperskala, peranti perubatan termaju, peralatan modal semikonduktor berskala nanometer, kenderaan elektrik generasi akan datang, infrastruktur grid serta banyak lagi bidang yang menyaksikan teknologi mengubah dunia."
"Kami sudah pun giat berusaha memenuhi keperluan pelanggan sedia ada Trend yang semakin meningkat ketika mereka meneroka sempadan baharu inovasi di seluruh dunia. Sebagai rakan kongsi, kami mendukung, bukannya menggantikan, nilai yang menjadi penggerak perniagaan cemerlang, dan kami berbesar hati untuk menyokong kekuatan serta momentum yang telah diterapkan oleh Brian dan pasukan kepimpinan dalam perniagaan ini selama bertahun-tahun," kata Keith Toh, Rakan Kongsi di Novo Tellus.
Urus niaga permodalan semula itu dimuktamadkan pada awal Oktober 2026, dan Trend serta Novo Tellus kini sedang meningkatkan kapasiti dan keupayaan bagi memenuhi permintaan pelanggan sedia ada ketika teknologi perintis terus berkembang di seluruh dunia.
Latar Belakang Trend Technologies
Beribu pejabat di California, Trend Technologies ialah pembekal komponen dan modul yang semakin berkembang untuk OEM terkemuka dalam sektor teknologi dan perindustrian di seluruh dunia. Selama lebih 40 tahun, Trend telah bekerjasama dengan peneraju inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan sains hayat, automasi perindustrian, peralatan semikonduktor, pusat data dan mobiliti. Keupayaannya merangkumi pengecapan logam berketepatan tinggi, fabrikasi logam, pemesinan CNC, pengacuan suntikan plastik, kimpalan, pengecatan dan kemasan, serta pemasangan nilai tambah. Trend Technologies mempunyai rangkaian operasi global yang sangat strategik, dengan sembilan tapak pembuatan di Amerika Syarikat, Mexico, Ireland, Scotland, Slovakia, India, Malaysia dan China.
Untuk maklumat lanjut, layari trendtechnologies.com
Latar Belakang Novo Tellus
Novo Tellus ialah firma pelaburan khusus yang menguruskan aset bernilai lebih US$1 bilion dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelaburan dalam sektor perindustrian dan teknologi. Ditubuhkan pada 2010, Novo Tellus beribu pejabat di Singapura serta mempunyai profesional pelaburan dan penasihat di seluruh dunia. Firma ini bekerjasama rapat dengan pemimpin perniagaan untuk mewujudkan pertumbuhan berkekalan melalui pengembangan produk teras, perkhidmatan, pembangunan tenaga kerja dan peningkatan nilai kepada pelanggan. Para pelabur Novo Tellus mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan, operasi, keusahawanan dan pelaburan, sekali gus membentuk kerjasama yang berteraskan empati serta pemahaman mendalam dengan pasukan pengurusan bagi merealisasikan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi.
Untuk maklumat lanjut, layari www.novotellus.com
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5099774_MS99774_6











