Isu cip Nvidia: Syarikat Malaysia dilarang berurusan dengan syarikat disenarai hitam AS

Isu cip Nvidia: Syarikat Malaysia dilarang berurusan dengan syarikat disenarai hitam AS

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat-syarikat di Malaysia telah diarahkan supaya tidak mengadakan sebarang urus niaga dengan syarikat yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan komplikasi dalam urusan perniagaan dan perdagangan mereka.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini.

Beliau berkata, larangan itu dikeluarkan susulan pengumuman penyenaraian hitam sejumlah syarikat di Malaysia yang dikaitkan dengan isu cip Nvidia dan syarikat Megaspeed.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Johari juga telah memberi beberapa maklumat susulan kepada pengumuman penyenaraian hitam sejumlah syarikat di Malaysia berkait dengan isu cip Nvidia dan syarikat Megaspeed,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, Nvidia telah mengarahkan rakan pengeluarnya menghentikan penghantaran pelayan komputer yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) syarikat itu kepada pembeli di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Laporan itu menyusul tindakan Amerika Syarikat (AS) memperketat kawalan eksport cip berkenaan selepas kontroversi berkaitan dakwaan pengintipan yang menyelubungi Nvidia.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebeluk ini turut menasihati semua pengendali pusat data di Malaysia supaya tidak menyediakan perkhidmatan kepada dua entiti tempatan yang disenaraikan dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat (AS).

Dua entiti berkenaan ialah Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd, yang termasuk dalam senarai tujuh entiti baharu menerusi peraturan muktamad dikeluarkan Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan AS, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini