880 baki calon simpanan pegawai Pendidikan bakal dilantik sebelum tamat tempoh Disember - Utusan Malaysia

880 baki calon simpanan pegawai Pendidikan bakal dilantik sebelum tamat tempoh Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 880 orang baki calon simpanan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) 2025 akan ditawarkan pelantikan sebelum tarikh tamat tempoh pada 14 Disember depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya cakna terhadap keluh kesah calon simpanan bagi jawatan itu dan KPM telah berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berhubung isu tarikh tamat tempoh berkenaan.

Katanya, sehingga kini seramai 3,537 daripada 4,417 calon simpanan pengambilan 2025 telah ditawarkan surat pelantikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KPM dan SPP telah mengadakan perbincangan bagi merungkai isu ini dan seterusnya telah bersetuju agar baki 880 orang calon simpanan PPP ditawarkan pelantikan sebelum tarikh tamat tempoh berkenaan,” katanya hari ini.

Selepas selesai urusan pelantikan, KPM akan membuat penempatan berdasarkan kekosongan tempat dan opsyen yang sesuai.

Katanya, keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan bakat dan minat mereka yang ingin mendidik anak-anak kita dimanfaatkan sepenuhnya.

“KPM merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan semua pihak terhadap isu pelantikan calon simpanan PPP,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini