UniSZA kini 1,000 terbaik dunia, 10 terbaik universiti awam

UniSZA kini 1,000 terbaik dunia, 10 terbaik universiti awam

FADZLI ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS :  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melonjak ke kelompok 801 hingga 1,000 universiti terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings (WUR) 2027, berbanding kelompok 1,001 hingga 1,200 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu turut menyaksikan UniSZA mengekalkan kedudukan sebagai universiti awam (UA) ke-10 terbaik daripada 19 institusi UA yang menyertai penarafan THE WUR 2027.

THE World University Rankings 2027 yang diumumkan pada 30 September lalu melibatkan 2,297 universiti dari 118 negara dan wilayah, sekali gus menjadi antara penilaian prestasi universiti global yang paling meluas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, pencapaian tersebut hasil usaha kolektif seluruh warga universiti selain membuktikan strategi pembangunan institusi yang dilaksanakan mula menunjukkan kemajuan positif.

“Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga UniSZA. Peningkatan daripada kelompok 1,001-1,200 kepada 801-1,000 dunia buat pertama kali aalah satu pencapaian yang membanggakan,” katanya di sini.

Beliau berkata, UniSZA terus memperkukuh keseluruhan ekosistem universiti khususnya dalam aspek kualiti akademik dan pengajaran, penyelidikan berkualiti, pengantarabangsaan, jaringan serta kolaborasi strategik, hubungan industri dan sumbangan universiti kepada masyarakat.

“Dengan pencapaian ini, UniSZA tidak boleh leka. Sebagai antara universiti awam termuda di Malaysia, kita sedar bahawa perjalanan UniSZA masih panjang.

“Usia institusi bagaimanapun bukan penghalang untuk kita membina kecemerlangan dan meningkatkan daya saing pada peringkat nasional serta antarabangsa. Kita optimis untuk terus menunjukkan kemajuan secara konsisten dan mampan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×