PETALING JAYA: Keseluruhan peruntukan subsidi, bantuan dan insentif kepada rakyat pada tahun depan diperuntukan sebanyak lebih RM80 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu termasuk subsidi bahan api dan bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Tahun hadapan, jumlah keseluruhan untuk subsidi, bantuan dan insentif lebih RM80 bilion.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hampir RM3.3 bilion,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN











