Pelan MediAsas dilancar Januari 2027

Pelan MediAsas dilancar Januari 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik bagi memastikan kos rawatan lebih terkawal dan mudah dijangka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui pelan itu, bayaran hospital akan ditetapkan mengikut jenis diagnosis dan rawatan.

Katanya, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah usia 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas menggunakan Akaun Sejahtera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang 75 pekerja, kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad kepada 50 pekerja bagi setiap syarikat.

“Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada sehingga 200,000 pekerja,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, ketelusan kos rawatan swasta turut ditingkatkan menerusi peluasan rekod perubatan elektronik berasaskan prinsip satu individu, satu rekod.

“Mulai 2027, bil hospital swasta akan menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran, selain mengurangkan herotan harga.

“Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat sepenuhnya secara dalam talian mulai 2027. Tempoh pemprosesan bagi urusan itu disasar berkurang sehingga 65 peritus,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini