Pasangan masuk Thai secara haram, perkahwinan tidak disahkan

Pasangan masuk Thai secara haram, perkahwinan tidak disahkan

AHMAD FAHMI AHAMD SARKAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA, THAILAND: Segelintir ejen kahwin Siam dikesan mengambil jalan mudah dengan membawa pasangan dari Malaysia yang mahu bernikah di Thailand melalui laluan tidak sah, termasuk lorong tikus dan laluan sungai.

Tindakan itu bukan sahaja menyebabkan pasangan terbabit melakukan kesalahan imigresen Thailand, malah menyukarkan mereka mendapatkan surat pengesahan daripada Konsulat Malaysia di Songkhla.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, kebanyakan pasangan yang menggunakan khid­mat ejen berkenaan tidak menyedari mereka dibawa melalui laluan tidak sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pasangan terbabit lazimnya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ejen tanpa menyemak terlebih dahulu prosedur sebenar untuk mema­suki Thailand.

“Situasi tersebut memberi kesan kepada pasangan terlibat me­mandangkan Konsulat Malaysia di Songkhla tidak dapat mengeluarkan surat pengesahan memandangkan mereka telah melakukan kesalahan imigresen Thailand.

“Kita mengesyorkan pasa­ngan yang ingin bernikah di Thailand agar menggunakan laluan dan dokumen perjalanan yang sah bagi mengelakkan kesulitan pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Ahmad Fahmi, pihak konsulat pada prinsipnya perlu menghormati undang-undang Thailand dan sukar memberikan pengesahan kepada pasangan yang memasuki negara itu secara tidak sah.

Beliau berkata, tindakan mem­berikan pengesahan dalam keadaan berkenaan boleh menimbulkan implikasi lebih besar, khususnya terhadap hubungan antara Malaysia dan Thailand.

Katanya, terdapat ramai pasangan datang ke konsulat untuk mendapatkan bantuan kerana surat pengesahan berkenaan diperlukan bagi urusan prosi­ding di mahkamah.

“Ramai pasangan datang minta bantuan untuk beri pengesahan sebab mereka perlukan pengesahan tersebut untuk prosiding di mahkamah. Cumanya, kami tidak dapat hendak beri pengesahan kerana mereka telah langgar undang-undang di Thailand,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN