Mangsa kemalangan maut di JRTB merupakan kenalan, baru pulang memancing - Utusan Malaysia

Mangsa kemalangan maut di JRTB merupakan kenalan, baru pulang memancing

SATU daripada jenazah mangsa kemalangan di JRTB Gerik- Jeli semalam dibawa naik ke dalam van jenazah di Hospital Taiping, untuk dibawa ke Kelantan bagi urusan pengebumian. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kesemua mangsa dewasa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 38.5 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam merupakan kenalan yang difahamkan dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas selesai memancing di Perak.

Difahamkan juga, mangsa wanita yang bernama Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, turut membawa dua orang anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan di mana kanak-kanak perempuan itu merupakan antara empat yang maut dalam tragedi tersebut.

Seorang lagi anak wanita itu, Mohammad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9, mengalami cedera parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi yang maut ialah lelaki bernama Al Zubair Deraman, 31 dan Nik Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Mohd. Yasri Yasim, 43, bapa saudara kepada Allahyarham Nik Mohamad Hafiz Daniel berkata, kesemua mereka bergerak dari Kelantan pukul 5 pagi menuju ke Perak dan kemalangan berlaku kira-kira 1 petang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Kesemua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Taiping bermula pukul 9 pagi sehingga 1.30 petang dan terus dibawa ke Kelantan untuk dikebumikan.

ADS:D

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal mendapati Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 19 tahun bersama empat penumpang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Katanya, kenderaan itu kemudian melanggar bahagian sisi belakang Proton Persona yang dalam perjalanan dari arah Jeli menghala ke Gerik.

“Perodua Axia kemudiannya merempuh bahagian hadapan lori yang berada di belakang Proton Persona.

“Akibat rempuhan itu, Perodua Axia masuk ke bawah lori dan diseret sejauh kira-kira tiga hingga tujuh meter,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN