Kes buli SMK Za'ba: Reman suspek pertama disambung - Utusan Malaysia

Kes buli SMK Za’ba: Reman suspek pertama disambung

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Tempoh reman suspek pertama kes kematian pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba di sini disambung selama tujuh hari lagi bermula esok.

Majistret Marlisa Mohd. Fahmy hari ini membenarkan perintah sambungan reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan.

Suspek lelaki berusia 16 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 26 September hingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia dipercayai dibuli selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan 25 September lalu.

Sehingga kini dua orang pelajar lelaki tingkatan empat telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×