Kerajaan teruskan Dana Inovasi Media 2.0

Kerajaan teruskan Dana Inovasi Media 2.0

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media menerusi pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 dengan peruntukan RM30 juta bagi memperkasa industri media negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, dana itu mengekalkan empat skop pembiayaan sedia ada dengan penambahan satu skop baharu, menjadikan keseluruhan sebanyak lima skop.

Menurut beliau, pelaksanaan dana itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh industri media khususnya dari aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti yang kita semua sedia maklum, sewaktu sambutan kemuncak HAWANA (Hari Wartawan Nasional) pada tahun lalu, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan Dana Inovasi Media.

“Dan daripada jumlah RM30 juta yang telah disediakan melalui pengumuman tahun lalu, sebanyak 72 syarikat media telah menerima pembiayaan untuk pelbagai inisiatif transformasi, latihan dan juga memperkukuh operasi selain meneroka pendekatan baru dalam penghasilan dan penyampaian kandungan.

“Maka hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kerajaan Madani akan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, permohonan bagi dana berkenaan boleh dibuat mulai 1 hingga 14 Nov ini menerusi laman https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/.

Dana Inovasi Media diwujudkan untuk membantu organisasi media tempatan memperkukuh transformasi digital melalui latihan, penggunaan teknologi dan perisian baharu, peningkatan peralatan serta pembangunan kandungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini