KUALA LUMPUR: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan beliau telah bertunang dengan usahawan sensasi, Datuk Hasmiza Othman atau Datuk Vida.
Katanya, mereka masih mengenal hati budi masing-masing dan dakwaan tersebut hanya sekadar gurauan pasukan kandungan media sosial Datuk Vida.
“Kami belum bertunang Saya rasa Vida punya pasukan kandungan yang bergurau dengan netizen.
“Kami masih dalam proses mengenali hati budi masing- masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Terdahulu dakwaan Fazley telah mengingat pertunangan bersama Usahawan tersebut tular di media sosial.
Fazley memaklumkan bagaimanapun mereka merancang ke fasa yang lebih serius dan mengharapkan doa dari netizen.
“Sudah tentu kami dalam perancangan untuk ke fasa yang lebih serius. Doakan kami berdua,” ujarnya.- UTUSAN











