Dua ipar sekongkol jadi penghantar dadah

Dua ipar sekongkol jadi penghantar dadah

AZRY Akmar Ayob (tengah) menunjukkan dadah jenis ganja yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Demi upah lumayan, dua beradik ipar sanggup bersekongkol menjadi penghantar dadah  atau transporter dari utara semenanjung ke negeri ini, namun kegiatan mereka terbongkar selepas dicekup di hadapan sebuah inap desa di Maran, dekat sini, Isnin lalu.

Kedua-dua suspek berusia 30 tahun dan 44 tahun itu ditahan ketika dipercayai memindahkan empat beg berisi dadah dari but sebuah kenderaan di lokasi terbabit, kira-kira pukul 1.20 pagi.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, hasil pemeriksaan terhadap empat beg berkenaan menemukan 56 bungkusan ganja yang dianggarkan seberat 58 kilogram (kg) ganja bernilai RM174,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini kegiatan mereka tertumpu di Lembah Klang dan ini kali pertama penghantaran di buat ke pantai timur khususnya negeri ini. Ketika disoal siasat, kedua-dua suspek mengaku bertindak sebagai penghantar atau transporter dengan upah sebanyak RM10,000.

“Semakan juga mendapati kedua-dua suspek masing-masing memiliki tujuh dan lima rekod lampau,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang, di sini, hari.

Menurut beliau, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 4 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta  Seksyen 15(1)(a) akta sama selepas saringan awal air kencing mereka didapati positif methamphetamine. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN