PETALING JAYA: Pelakon dan pemyanyi, Aliff Aziz meluahkan kebimbangan terhadap kes bunuh membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak sekarang sudah hilang pedoman hidup sehingga sanggup membunuh.
“Budak-budak sekolah menengah pun tergamak membunuh sekarang.. Hilang pedoman. Budak2 zaman sekarang rasa jadi samseng ni cool kot?,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Aliff turut meluahkan rasa simpati terhadap bapa kepada mangsa yang kehilangan anak tersayang.
“Sedih aku tengok temubual bapa arwah Irene Sofiya di tempat pengebumian, tak boleh nak bayang perasaan dia waktu ni.
“Semoga Allah permudahkan urusan dia, dan aku yakin pembunuh akan mendapat balasan dia dunia dan akhirat,” katanya. – UTUSAN











