312 aduan pencemaran udara di Kelantan

312 aduan pencemaran udara di Kelantan

MOHAMAD Zamzani Ibrahim (kanan) bersama Hilmi Abdullah (tengah) melakukan gimik perasmian  sempena Program Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan merekodkan sebanyak 312 aduan berkaitan pencemaran udara bagi sembilan bulan pertama tahun ini dengan 264 daripadanya melibatkan pembakaran terbuka.

Timbalan Pengarahnya, Mohamad Zamzani Ibrahim berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 27 kes kebakaran tanah gambut direkodkan menerusi pelbagai saluran aduan dan pemantauan.

Katanya, ia merangkumi panggilan telefon, sistem e-Aduan, surat, e-mel, rondaan JAS, Biro Pengaduan Awam, talian hotline JAS, pemantauan dron serta pengesanan titik panas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan dalam tempoh itu manakala tujuh kes sedang dalam proses mendapatkan izin mengkompaun daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Sebanyak lima Notis Arahan turut dikeluarkan bagi mengarahkan pihak yang terlibat mengambil tindakan pembetulan sewajarnya.

“Bagi memperkukuh langkah pencegahan dan pemantauan di lapangan, sebanyak 98 Field Citation (FC), iaitu tindakan undang-undang melibatkan notis dan saman turut dikeluarkan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan pembakaran terbuka berdasarkan siasatan dijalankan,” katanya pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah di sini, hari ini.

Mohamad Zamzani berkata, daripada aduan yang diterima, sebanyak 41 daripadanya melibatkan kawasan titik panas.

Katanya, JAS turut melaksanakan 174 rondaan daratan dan 11 pemantauan udara menggunakan dron menerusi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini