KUALA LUMPUR: Yakin Splendour Global Holdings Berhad (YAKIN), peneraju dalam teknologi sel stem mesenchymal tali pusat (UC-MSC) dan penyelesaian bioteknologi termaju, mengumumkan beberapa kerjasama strategik, rancangan untuk memperluaskan fasiliti serta pelantikan duta baharu.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha YAKIN untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi perubatan regeneratif, terapi sel dan bioteknologi termaju menerusi anak syarikatnya, Yakin
Splendour Sdn Bhd (YSSB).
Inisiatif tersebut merangkumi kerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan syarikat bioteknologi, peluasan kapasiti pengeluaran sel stem mesenchymal (MSC), pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records serta pelantikan legenda badminton negara sebagai duta bagi program perubatan regeneratifnya.
Perkembangan ini juga merupakan sebahagian daripada strategi YAKIN untuk memperkukuh keupayaan Malaysia dalam penyelidikan, penghasilan dan aplikasi klinikal sel stem mesenchymal tali pusat (UC-MSC), di samping memperluas kehadirannya di seluruh Lembah
Klang, Johor, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan negara jiran, Singapura.
Datuk Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi menyaksikan YAKIN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan strategiknya, sekaligus menandakan satu pencapaian penting dalam perkembangan syarikat.
Merkel Clinic Velocity Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Merkel Clinic Velocity yang beroperasi di bawah Kumpulan YAKIN menerima dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records. Klinik itu diiktiraf sebagai penyedia pertama Sel Stem Mesenchymal (MSC) Physoxic di Malaysia dan pembangun pertama sel
stem mesenchymal Normoxic Passage 4 (P4).
YAKIN berkata, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam pelaburan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), bioteknologi termaju serta kerjasama di peringkat antarabangsa, selari dengan usaha Malaysia untuk membangunkan ekosistem
perubatan regeneratif dan bioteknologi yang lebih kukuh.
Pengarah Yakin Splendour Global Holdings Bhd., Datuk Steven Lai berkata, anugerah tersebut mengiktiraf penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan syarikat selama bertahun-tahun.
“Dua pengiktirafan ini membuktikan hasil usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kami jalankan selama ini, ia dilaksanakan secara teliti selama bertahun-tahun serta mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan saintifik. Kami berbangga dapat
meletakkan inovasi Malaysia di peta dunia dan membina masa depan di mana terapi sel stem bertaraf dunia dibangunkan, dihasilkan dan disediakan di negara kita sendiri,” kata Datuk Steven Lai.
Kerjasama Strategik dengan Hospital UMRA
YAKIN secara rasmi memuktamadkan kerjasama strategik dengan Hospital UMRA – sebuah penyedia penjagaan kesihatan swasta multidisiplin terkemuka yang ditubuhkan pada 2006. Kerjasama itu dimeterai secara rasmi menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman
(MoU).
Perjanjian itu ditandatangani oleh Datuk Steven Lai dan Pengasas serta Pengarah Perubatan Hospital UMRA, Datuk Dr Mohamed Rafi Bin Dato’ Dr Mohammed Feizal.
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Hospital UMRA ialah penyedia penjagaan kesihatan swasta multidisiplin yang ditubuhkan pada 2006 dan memberikan perkhidmatan kepada komuniti pesakit yang majoritinya adalah Muslim.
Datuk Steven Lai menjelaskan, kerjasama itu akan menggabungkan kepakaran YAKIN dalam teknologi UC-MSC dengan fokus Hospital UMRA untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang mudah diakses dan berkualiti tinggi.
“Bersama-sama, kami membawa perubatan regeneratif moden lebih dekat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Kerjasama itu akan mengembangkan kepakaran mendalam YAKIN dalam pengkulturan dan teknologi UC-MSC bersama misi Hospital UMRA untuk menyediakan penjagaan berkualiti tinggi pada harga berpatutan, sejajar dengan aspirasinya untuk menjadi “Hospital Pilihan”
bagi komuniti Muslim di seluruh Lembah Klang.
Datuk Dr. Mohamed Rafi Bin Dato’ Dr Mohammed Feizal berkata, Hospital UMRA berbesar hati untuk bekerjasama dengan YAKIN bagi menawarkan terapi sel stem bertaraf dunia.
“Kerjasama ini memperkukuh misi kami untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan pilihan dengan menyediakan rawatan termaju yang mudah diakses,” katanya.
Legenda Adik-Beradik Sidek Dilantik Sebagai Duta Testimoni MSC Physoxic
YAKIN melantik legenda sukan negara , Datuk Dr. Hj Mohmed Misbun bin Dato’ Hj Sidek dan Dato’ Seri Hj Mohd. Jalani bin Dato’ Hj Mohd Sidek sebagai Duta Testimoni MSC Physoxic.
Pelantikan itu dirasmikan oleh Datuk Steven Lai bersama kedua-dua duta berkenaan. Terkenal dengan kejayaan mereka di Terbuka England serta sebagai anggota penting pasukan Malaysia yang menjuarai Piala Thomas 1992 sekaligus menamatkan penantian selama 25 tahun untuk merangkul kejuaraan itu adik-beradik Sidek terus berdedikasi terhadap pembangunan sukan negara sebagai jurulatih dan mentor yang disegani.
Dalam peranan baharu itu, mereka akan berkongsi pengalaman serta meningkatkan kesedaranmengenai terapi sel stem Physoxic sebagai alternatif dalam pemulihan kecederaan dan juga pembedahan bagi kecederaan sukan.
“Adik-beradik Sidek terus menyumbang kepada negara melalui usaha dan komitment mereka dalam pembangunan sukan badminton sebagai jurulatih dan mentor yang disegani.
Pelantikan mereka sebagai Duta Testimoni MSC Physoxic Yakin mencerminkan nilai bersamadalam aspek kecemerlangan, ketahanan dan dedikasi dalam mengalakkan kesihatan serta kesejahteraan,” kata Datuk Steven Lai.
Datuk Dr. Hj Mohmed Misbun berkata, setelah melalui sendiri cabaran dalam sukan berprestasi tinggi, beliau memahami kesan kecederaan terhadap seseorang atlet.
“Kami berbangga dapat menyokong dan memperkenalkan terapi MSC Physoxic sebagai satu pilihan pemulihan yang berpotensi membantu atlet dan individu aktif pulih tanpa
pembedahan,” katanya
MoU dengan Auxi Therapeutics bagi Memajukan Operasi Makmal R&D GMP
YAKIN MEDIC turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Auxi Therapeutics bagi memperkukuh operasi makmal penyelidikan dan pembangunannya yang beroperasi mengikut piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
MoU tersebut ditandatangani oleh Pengurus Besar Yakin Medic Sdn Bhd, Cik Charlize Tan dan Pengarah Auxi Therapeutics, Marina Choo.
Dengan sokongan kerajaan Malaysia, Cik Charlize Tan berkata, makmal itu dijadualkan mula beroperasi dalam beberapa bulan akan datang, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam landskap inovasi bioperubatan, imunologi dan terapi sel CAR-T di Malaysia.
“Fasiliti ini meletakkan Malaysia di barisan hadapan dalam penyelidikan dan penghasilan sel stem. Menerusi usaha sama kami dengan Auxi Therapeutics, kami sedang membina sebuah pusat kecemerlangan serantau yang akan memacu inovasi dan menterjemahkan penemuan
saintifik yang memberi manfaat kepada pesakit,” katanya.
Cik Marina Choo memaklumkan, kerjasama itu akan menggabungkan penyelidikan saintifik kepakaran industri dan aplikasi dalam bidang kesihatan bagi memastikan hasil kajian di makmal dapat diterjemahkan kepada manfaat dan penyelesaian yang boleh digunakan
dalam dunia sebenar.
“Kerjasama ini menghubungkan bidang sains, industri dan penjagaan kesihatan dengan membawa hasil penyelidikan terkini kepada manfaat sebenar untuk pesakit. katanya.
MoU dengan Vanfo Hino bagi Memajukan Operasi Makmal R&D GMP di Johor Bahru
YAKIN MEDIC telah menandatangani MoU dengan Vanfo Hino Sdn Bhd bagi menubuhkan makmal pengkulturan MSC berstandard Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Johor Bahru.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Cik Charlize Tan bagi pihak Yakin Medic Sdn Bhd dan Encik Zhang Wen bagi pihak Vanfo Hino Sdn Bhd. Fasiliti yang dicadangkan itu akan memenuhi keperluan pasaran di selatan Semenanjung Malaysia dan Singapura serta dilengkapi dengan teknologi bioreaktor termaju.
YAKIN MEDIC berkata, makmal tersebut dijangka dapat memendekkan tempoh penghasilan, memperkemas logistik dan meningkatkan akses kepada produk MSC untuk menyediakan penjagaan kesihatan serta pesakit di rantau ini.
Zhang Wen berkata, syarikat itu berbangga dapat bekerjasama dengan YAKIN MEDIC dalam membangunkan fasiliti strategik berkenaan.
“Bersama-sama, kami akan menyediakan bekalan terapi MSC berkualiti tinggi yang konsisten dan tepat pada masanya, sekali gus menetapkan standard baharu bagi rantau ini,” katanya.
Usaha Sama Sasar Pasaran Kesejahteraan Johor dan Singapura
YAKIN turut bekerjasama dengan Axtra Health bagi menubuhkan sebuah usaha sama dalam perniagaan perubatan regeneratif di Johor Bahru. Perjanjian itu ditandatangani oleh Datuk Steven Lai dan Encik Soin Chee Kiong yang mewakili Axtra Health.
Dengan memanfaatkan pengalaman luas kedua-dua organisasi dalam bidang bioteknologi dan perubatan regeneratif, entiti baharu itu menyasarkan untuk memenuhi keperluan pasaran Johor dan Singapura yang berkembang pesat.
“Dengan menggabungkan kepimpinan saintifik YAKIN serta kepakaran Axtra Health dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, kami sedang mencipta sesuatu yang istimewa.
Kerjasama ini akan membawa lebih banyak pilihan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang inovatif serta membawa perubahan sebenar kepada kehidupan masyarakat,” kata Datuk Steven Lai.
Sementara itu, Encik Soin Chee Kiong berkata, dia berharap dapat memberikan impak yang bermakna di seluruh Johor dan Singapura.
Merkel Clinic Bakal Berkembang ke Ipoh.
YAKIN juga telah mewujudkan perkongsian usaha sama dengan MDM Group Holding Sdn Bhd untuk menubuhkan Merkel Clinic di Ipoh, Perak, sekali gus memperluas perkhidmatan perubatan regeneratif dan penjagaan kesihatan moden ke negeri berkenaan serta
memperkukuh komitmen syarikat untuk menyediakan perubatan regeneratif bertaraf dunia di seluruh Malaysia.
Datuk Steven Lai menandatangani perjanjian bagi pihak YAKIN, manakala Cik Milky Tan menandatanganinya bagi pihak MDM Group Holding Sdn Bhd untuk Merkel Clinic Ipoh.
Datuk Steven Lai berkata, pemeteraian MoU itu menandakan langkah penting ke arah penubuhan Merkel Clinic di Ipoh, sekali gus membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan termaju dan perubatan regeneratif lebih dekat kepada komuniti setempat.
Katanya, klinik yang bakal dibuka itu akan menyediakan akses lebih luas kepada penyelesaian perubatan inovatif dan seterusnya memperkukuh komitmen YAKIN dalam menyokong keperluan penjagaan kesihatan penduduk di Zon Utara terutama di Ipoh serta komuniti
sekitarnya.
“Kami amat teruja untuk membawa standard penjagaan Merkel Clinic ke Ipoh. Klinik ini akan memastikan penduduk Perak mempunyai akses mudah kepada perubatan regeneratif termaju tanpa perlu meninggalkan tempat tinggal mereka,” ujar Cik Milky Tan. – UTUSAN











