Yadim jumpa pemain industri kreatif minggu depan

Yadim jumpa pemain industri kreatif minggu depan

HASSAN Bahrom (tengah) ketika ditemui media pada Majlis Peluncuran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Kelantan dan Perasmian Pejabat Baharu Yadim Kelantan di Kota Bharu. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengadakan satu perjumpaan dengan pemain-pemain industri perfileman dan drama di Malaysia, minggu depan dalam usaha menyuburkan garis panduan pembikinan karya kreatif yang baik.

Yang Dipertuanya, Datuk Dr. Hasan Bahrom berkata, perjumpaan tersebut menjadi wadah untuk menyampaikan pandangan termasuk daripada kalangan masyarakat supaya setiap karya dihasilkan mengikut nilai moral orang Melayu dan sesuai dengan masyarakat setempat.

“Kita telah membuat satu keputusan untuk berjumpa dengan penerbit, pengarah, perintis dan pelakon yang ada di Malaysia untuk kita berbincang dan berdialog.

“Kita adakan dalam masa terdekat, iaitu dalam minggu depan dan pastikan ia berlaku,” katanya selepas Majlis Peluncuran Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Kelantan dan Perasmian Pejabat Baharu Yadim Kelantan, di sini hari ini.

Hassan berkata, perjumpaan dan perbincangan tersebut tidak semestinya merujuk kepada kontroversi yang berlaku dalam masa terdekat, sebaliknya merangkumi garis masa lebih menyeluruh.

Menurutnya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sendiri telah menyediakan satu garis panduan bagi penghasilan karya kreatif yang turut melibatkan peranan Yadim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×