Universiti Malaya terima Lebih 6,000 pelajar baharu

Universiti Malaya terima Lebih 6,000 pelajar baharu

Universiti Malaya
Dr. Noor Azuan Abu Osman beramah mesra bersama pelajar-pelajar baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menerima seramai 6,235 pelajar baharu yang akan memulakan pengajian di peringkat Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Kehadiran pelajar baharu ini menandakan bermulanya satu lagi fasa perjalanan akademik mereka di UM, selain mencerminkan komitmen universiti dalam menyediakan pendidikan tinggi berkualiti serta pengalaman pembelajaran yang holistik kepada generasi mahasiswa.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Seri. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, UM WOW bukan sekadar sebuah program orientasi, malah menjadi titik permulaan yang memperkenalkan para pelajar baharu kepada budaya kecemerlangan Universiti Malaya serta nilai dan aspirasi yang membentuk kehidupan mereka sepanjang berada di universiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pengalaman di UM perlu melangkaui bilik kuliah dan pencapaian akademik, sebaliknya menjadi ruang untuk para pelajar meneroka potensi diri, membina keyakinan serta mengembangkan pemikiran melalui pengalaman, cabaran dan interaksi dengan komuniti universiti.

Barisan pengurusan tertinggi Universiti Malaya bersama keluarga pelajar baharu.

“Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. Ini merupakan isyarat pertama kepada anda bahawa anda kini menjadi sebahagian daripada sebuah universiti yang dibentuk berlandaskan disiplin, keberanian dan harapan yang tinggi.

“Di Universiti Malaya, kami bukan sekadar mengalu-alukan anda memasuki bilik kuliah, malah menyambut anda ke dalam sebuah budaya yang mencabar anda untuk berfikir dengan lebih mendalam, membina jati diri yang lebih kukuh serta menyumbang kepada masyarakat dengan penuh tujuan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pelajar bahawa kejayaan di universiti bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi turut bergantung pada nilai, sahsiah dan kesediaan untuk menggunakan ilmu serta peluang yang diperoleh bagi memberi manfaat kepada masyarakat.

“Di sinilah potensi perlu diuji, keyakinan diri perlu dibina dan cita-cita perlu diseimbangkan dengan pembentukan sahsiah. Universiti Malaya bersedia membentuk anda bukan sahaja untuk mencapai kecemerlangan akademik, malah menjadi pemimpin yang berintegriti, berbakti kepada masyarakat serta mampu memberikan impak yang bermakna. Selamat datang ke Universiti Malaya,” katanya.

Sementara itu, Puan Yasotha berasa amat bangga dan sebak melihat anak lelakinya, Thavaeswarar Balasubramaniam, pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kecerdasan Buatan) di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, yang hadir untuk pendaftaran pelajar baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×