Tutup segera sekolah, pejabat di kawasan terjejas jerebu - PM

Tutup segera sekolah, pejabat di kawasan terjejas jerebu – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Langkah keselamatan perlu dilaksanakan segera termasuk menutup sekolah dan pejabat dalam kawasan terjejas di Sarawak susulan jerebu yang semakin memburuk khususnya di Serian yang kini Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 521.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan sedang berhubung dengan Kerajaan Sarawak khususnya Premier, Tan Sri Abang Johari Openg.

Katanya, hanya beberapa agensi khususnya yang berkaitan dengan keselamatan bagi memantau perkembangan terkini di kawasan-kawasan terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi semua langkah yang perlu baik pembenihan awan, langkah-langkah lain yang patut kita lakukan, kita akan lakukan walaupun ini kesan daripada perkembangan di tempat lain.

“Kita terpaksa tanggung dan sabar sebentar. Saya doakan selamat bagi rakyat Serian dan juga Sarawak dan beberapa kawasan lain yang terkesan,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, di sini, hari ini.

Menjawab berhubung kemungkinan pengisytiharan darurat di Serian, Perdana Menteri berkata, tindakan itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut kemudian.

“Itu (isytihar darurat) kita bincang kemudian, selepas ini pun saya akan pantau lagi (perkembangan jerebu di Sarawak,” katanya.

Terkini, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan dua kawasan di Sarawak kini IPU mencapai tahap bahaya melibatkan Serian dengan bacaan 521 manakala Kuching (311). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini