‘Tolong bawa pulang suami saya’

‘Tolong bawa pulang suami saya’

GAMBAR isteri mangsa helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport), Ulu Baram, Sarawak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tolong bawa pulang suami saya. Saya dan anak-anak masih memerlukannya.”

Itu luahan pilu isteri kepada salah satu petugas perubatan yang terlibat dalam nahas helikopter di berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport), Ulu Baram, Sarawak, semalam.

Wanita itu menerusi akaun Threads Stephanieessah meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan suaminya yang masih belum diketahui nasib susulan nahas berkenaan.

“Tolong balik ke rumah dengan selamat. Anak-anak dah tanya bila ayah nak balik,” tulisnya.

Lebih menyayat hati, Stephanie berkongsi pertanyaan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun, yang masih menanti kepulangan bapanya.

“Anak perempuan saya yang berusia lima tahun bertanya kepada saya, Ibu, ayah akan balik kan?’

Dalam hantaran sama, Stephanie turut berkongsi bahawa dirinya tidak dapat tidur lena sehingga awal pagi kerana terus memikirkan keadaan suaminya.

“Sekarang sudah pukul 5.08 pagi. Saya masih tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana masih teringatkan suami,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang semalam, sebuah helikopter yang membawa empat petugas perubatan dan seorang juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, Sarawak.

Helikopter berkenaan dilaporkan membawa petugas perubatan sebelum terhempas di kawasan berkenaan.

Setakat ini, dua individu dalam nahas berkenaan yang telah dikenal pasti meninggal dunia ialah Dr. Ainul Baroah Kamaruddin dan juruterbang, Kapten Zainol Afiq. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×