Terpalit isu duit, pelakon wanita ada kekasih gelap pula - Utusan Malaysia

Terpalit isu duit, pelakon wanita ada kekasih gelap pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga dengar-dengar cerita, ada seorang pelakon wanita yang kini sedang berdepan dengan beberapa cerita kurang enak mengenai kehidupan peribadinya.

Belum pun selesai satu cerita, datang pula cerita lain. Yang paling mencuri perhatian, timbul dakwaan kononnya pelakon berkenaan mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain, sedangkan urusan rumah tangganya bersama suami masih belum benar-benar selesai secara rasmi.

Aduhai, Cik Bunga pun jadi tertanya-tanya. Kalau benar dakwaan itu, kenapa perlu ditambah lagi satu simpulan dalam masalah sedia ada? Bukankah lebih baik selesaikan dahulu satu perkara sebelum membuka pintu kepada perkara lain?

Tetapi bukan itu sahaja yang membuatkan nama pelakon ini disebut-sebut.

Dengar cerita, dia juga dikatakan sedang berdepan perselisihan dengan seorang rakan baik yang juga daripada kalangan selebriti tempatan.

Puncanya pula bukan soal remeh-temeh. Kalau benar apa yang Cik Bunga dengar, melibatkan sejumlah wang yang bukan sedikit.

Kalau persahabatan sudah mula bercampur dengan duit, memang mudah jadi panas. Hari ini kawan baik, esok lusa boleh jadi masing-masing sudah malas hendak bertegur sapa.

Cik Bunga bukan hendak menyibuk, jauh sekali mahu menambah minyak dalam api. Tetapi daripada cerita sebegini, ada satu perkara yang rasanya semua orang boleh belajar.

Dalam hidup, masalah memang tidak pernah habis. Kadang-kadang masalah keluarga, kemudian masalah kawan, selepas itu masalah kewangan pula. Kalau semuanya datang serentak, jangan sampai kita sendiri menjadi punca masalah itu semakin panjang.

Sesekali, duduklah diam-diam. Tanya diri sendiri: “Apa yang aku boleh perbaiki?”

Kalau benar ada masalah rumah tangga, selesaikan dengan cara baik. Kalau benar ada perselisihan dengan sahabat, duduk berbincang. Kalau melibatkan wang pula, biarlah semuanya jelas, ada bukti dan jangan bercakap berdasarkan emosi semata-mata.

Cik Bunga faham, manusia ini tidak sempurna. Artis pun manusia juga. Mereka ada emosi, ada masalah, ada kesilapan dan ada hari-hari yang tidak baik.

Cuma, kalau masalah datang berturut-turut, mungkin sudah tiba masanya untuk berhenti sekejap dan muhasabah diri.

Jangan sampai orang luar yang lebih sibuk bercakap tentang hidup kita daripada kita sendiri yang berusaha memperbaikinya.

Apa pun, Cik Bunga harap segala cerita yang berlegar ini dapat diselesaikan dengan cara paling baik. Paling penting, bawa-bawalah muhasabah diri sebab usia awak pun bukan makin muda kak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×