Tak selesai lagi – Undang Rembau

Tak selesai lagi – Undang Rembau

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, dipercayai menaiki kereta pelbgaai guna MPV ketika menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, hari ini.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pertemuan antara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap masih belum mencapai penyelesaian.

Perkara itu dimaklumkan Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid yang turut berada di Istana Hinggap ketika ditanya media mengenai perkembangan pertemuan berkenaan.

“Tak selesai lagi,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada perkara yang dibincangkan sudah selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Ismail selesai menghadap Tuanku Muhriz dalam pertemuan berlangsung kira-kira dua jam.

Bagaimanapun, Ismail tidak kelihatan keluar melalui pintu utama istana bagi menemui media sebaliknya kenderaan yang membawanya dilaporkan meninggalkan kawasan berkenaan melalui laluan belakang.

Kira-kira pukul 1.50 petang, kenderaan yang membawa Undang Luak Sungei Ujong, Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid Ismail dilihat mula meninggalkan pekarangan istana berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pertemuan antara Ismail dan Tuanku Muhriz merupakan perjumpaan sulit dan pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsikan berhubung perbincangan tersebut.

“Perjumpaan itu adalah satu perjumpaan dan juga perbincangan sulit. Saya di sini tidak akan memberikan apa-apa input kepada pihak media.

“Kalau ada maklumat, kita boleh bekalkan kemudian,” katanya.

Mengulas mengenai aspek keselamatan sepanjang pertemuan itu, beliau berkata, tanggungjawab pihak polis adalah memastikan keselamatan dalam negeri tanpa mengira sama ada terdapat arahan khusus daripada pihak Tuanku atau sebaliknya.

“Sebenarnya tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keselamatan. Sama ada arahan daripada Tuanku atau apa-apa. Keutamaan kami adalah berkenaan dengan keselamatan dalam negeri,” katanya

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Ismail berhubung hasil pertemuan dengan Tuanku Muhriz.

Pertemuan tersebut berlangsung selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Ismail menghadap Tuanku Muhriz bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sesi menghadap itu dipercayai berkaitan perkembangan terbaharu kemelut politik dan pentadbiran negeri yang turut membabitkan kedudukan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Sebelum ini, pelantikan barisan Exco Negeri Sembilan dilaporkan dibatalkan, manakala Ismail kekal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×