Tak perlu guna model barat rawat ketagihan dadah

Tak perlu guna model barat rawat ketagihan dadah

BEKAS penagih dadah sintetik semasa ditemu bual di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Sungai Besi, Kuala Lumpur. - UTUSAN/Shiddieqien Zon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIDIKAN agama berterusan terbukti menjadi ramuan paling mujarab dalam merawat kecanduan dan ketagihan dadah di negara ini.

Pendekatan berasaskan kerohanian ini sebenarnya telah lama diamalkan dalam program Rawatan Pemulihan Dadah (RPD) di Penjara Kajang.

 Berpengalaman selama 30 tahun, Sarjan Mejar (B) Penjara Malaysia, Shafiee Hussain, 58, berkata, pendekatan berteraskan Islam jauh lebih berkesan berbanding modul barat yang sering dijadikan rujukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, negara perlu berpandukan ajaran Islam dan tidak perlu mengikuti modul barat dalam merawat penagih agar tidak timbul kes penagihan berulang.

Kongsinya, enam elemen itu adalah ibadah solat, menjadi imam, mengaji al-Quran, menguruskan jenazah, mengendalikan mesyuarat komuniti dan menunaikan solat tahajud.

“Selama 30 tahun saya bekerja di dalam penjara dan ratusan banduan dadah mengenali diri saya. Alhamdulillah, majoriti berjaya pulih apabila kita menerapkan modul keislaman dalam jati diri mereka.

“Berdasarkan pengalaman, mereka berjaya pulih dalam tempoh tiga hingga enam minggu ketika melalui proses berkenaan. Paling penting mereka perlu konsisten dan istiqamah melaksanakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shafiee yang kini aktif menganjurkan ceramah integriti dan rasuah berkata, pemulihan daripada penagihan dadah ini perlu kembali kepada pendekatan Islam kerana majoriti penagih adalah bangsa Melayu.

“Saya cukup sedih apabila lebih 70 peratus penagih dadah adalah bangsa Melayu. Ada yang sampai tahap tidak tahu mengucap syahadah.

“Jadi, saya terapkan enam elemen dalam Program Pembangunan Insan (PPI). Ada juga latihan berkawad, namun, saya lebih menekankan elemen keagamaan.

“Itu sahaja ubat paling mujarab apabila bercakap tentang penagihan dan pemulihan dadah sejak dahulu yang tidak melibatkan pelaburan kos yang tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×