Sisa tumpahan sabun punca buih di Lebuhraya KESAS 

Sisa tumpahan sabun punca buih di Lebuhraya KESAS 

HANTARAN tular di media sosial jalan raya yang dipenuhi dengan buih sabun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, ia dipercayai tumpah dari sebuah lori pada 24 Ogos lalu di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

“Bagaimanapun, hujan lebat hari ini menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan.

Sarudin berkata susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya telah mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan kali kedua dan selesai pada pukul 4.58 petang.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS petang semalam.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×