Rundingan masih berjalan, BN sentiasa terbuka - Asyraf Wajdi

Rundingan masih berjalan, BN sentiasa terbuka – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan hala tuju parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih lagi berjalan.

Asyraf berkata, bahawa sebarang perkembangan masih di peringkat perundingan sesama kepimpinan.

“Perkembangan? sedang berunding. Kita tunggulah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun tak umumkan lagi bila tarikh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jajaran politik baru? kita masih lagi jajaran yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2026 di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang enggan bekerjasama dengan BN, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa BN tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penolakan itu.

“Itu kenyataan dialah. Kita tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan.

“Kalau dia tak nak kerjasama, itu hak dialah. Kita tak boleh memaksa kerana itu parti dia, bukan parti kita. Kita sentiasa terbuka,” katanya.

Isnin lalu, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan, rundingan persefahaman politik antara BN dan gabungan parti untuk menghadapi PRN Melaka Ke-16 akan bermula.

Ab Rauf mengesahkan pertemuan pertama bersama gabungan parti terbabit akan berlangsung di Ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn dan dijangka turut disertai Asyraf Wajdi.

Beliau berkata, beberapa perkara asas akan dikemukakan kedua-dua gabungan parti berkenaan, termasuk berkaitan ketetapan BN untuk mempertahankan 21 kerusi DUN yang dimenangi pada PRN 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×