Maulidur Rasul SK Mentera semarakkan cinta Rasulullah

Perarakan Maulidur Rasul SK Mentera semarakkan semangat cinta Rasulullah

Perarakan Maulidur Rasul SK Mentera yang disertai murid dan guru berlangsung meriah sambil berselawat sebelum berakhir di Masjid Banggu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Mentera berlangsung meriah menerusi program bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, di sekolah berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Program itu bermula dengan perhimpunan semua murid dan guru di Dewan Aman Perdana pada jam 7.45 pagi, sebelum diisi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk ceramah Maulidur Rasul, bacaan doa, ucapan Guru Besar serta persembahan nasyid.

Guru Besar SK Mentera, Ruzaini Ab Sattar berkata, sambutan berkenaan penting bagi memberikan kefahaman kepada murid mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW, termasuk kelahiran, perjuangan serta jasa besar baginda kepada umat Islam.

“Program ini bukan sekadar memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah menjadi medium untuk menanam rasa sayang dan hormat murid terhadap Rasulullah SAW serta menggalakkan mereka mencontohi akhlak mulia dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Program, Mohd Syahrizanyuzi Saari berkata, penganjuran sambutan tersebut turut bertujuan membentuk murid yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berilmu agar dapat menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Menurutnya, pengisian seperti perarakan, selawat, ceramah dan persembahan nasyid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di samping memberi peluang kepada murid menghayati keperibadian Rasulullah SAW secara lebih dekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×