‘Penatlah jalan asyik ditutup, sebab banyak acara lari’

‘Penatlah jalan asyik ditutup sebab banyak acara lari’

PENUTUPAN jalan yang kerap di Putrajaya susulan penganjuran pelbagai program dan acara perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan serta urusan harian warga tidak terjejas. MEDIA SOSIAL RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penutupan jalan yang kerap di Putrajaya susulan penganjuran pelbagai program dan acara perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan serta urusan harian warga tidak terjejas.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau menerima pelbagai maklum balas daripada warga berhubung kesesakan, penutupan jalan, kesukaran keluar masuk kawasan kediaman serta pengurusan parkir susulan beberapa program yang berlangsung semalam.

Menurutnya, terdapat warga yang perlu bekerja pada hujung minggu dan terpaksa menggunakan laluan alternatif sehingga menyebabkan mereka lewat tiba di tempat kerja.

“Ada juga penduduk yang terjejas apabila penutupan jalan menyukarkan mereka keluar masuk kawasan perumahan untuk urusan harian,” katanya menerusi hantaran di Threads hari ini.

Beliau berkata, isu berkenaan pernah dibangkitkan sebelum ini, termasuk cadangan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) supaya maklumat berkaitan penutupan jalan, lencongan dan laluan alternatif dikemas kini secara masa nyata menerusi aplikasi Google Maps dan Waze.

Katanya, Putrajaya sememangnya menjadi lokasi pelbagai program dan acara, namun keselesaan serta urusan harian warga perlu terus diberi keutamaan.

“Penatlah macam ni, jalan asyik tutup je sebab ada event,” katanya memetik antara keluhan yang diterima daripada warga Putrajaya.

Beliau berharap pengurusan penutupan jalan dan aliran trafik dapat ditambah baik supaya penganjuran program tidak menjejaskan kehidupan seharian penduduk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×