Pekerja kafe tidak mengaku guna kad ATM individu lain

Pekerja kafe tidak mengaku guna kad ATM individu lain

NUR Amnie Nadirah Mat Din (tengah) diiring keluar dari Mahkamah Majistret Besut, Terengganu. - UTUSAN /WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pekerja kafe mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik individu lain untuk kegunaan sendiri.

Nur Amnie Nadirah Mat Din, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.

Dia didakwa melakukan perbuatan curang dengan menggunakan kad ATM milik individu lain bagi kegunaan sendiri di sebuah kedai runcit di Felda Tenang, di sini pada 15 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×