Nahas helikopter Ulu Baram: KKM beri sokongan psikososial kepada keluarga mangsa  - Utusan Malaysia

Nahas helikopter Ulu Baram: KKM beri sokongan psikososial kepada keluarga mangsa 

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sokongan psikososial sedang diberikan kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter di Ulu Baram.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata,  kementerian dalam masa yang sama akan memastikan kebajikan keluarga dan waris mangsa diberi perhatian sewajarnya.

“​Pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) Kementerian Kesihatan telah digerakkan dan sedang mendampingi ahli keluarga bagi memberikan perkhidmatan yang diistilahkan sebagai Psychological First Aid (PFA) untuk memberi sokongan emosi yang berterusan, termasuk kepada pasukan FDS serta komuniti FDS itu sendiri post-trauma insiden ini.

​”Dalam aspek kebajikan, sumbangan kewangan kepada keluarga akan disalurkan melalui Tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat KKM (KSK), beserta dengan ex-gratia daripada pihak kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar khas berhubung insiden helikopter di sini, hari ini. 

Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak. 

Menurut CAAM, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi  Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ketika kejadian. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×